Jutaan orang perlukan bantuan!
OBESITI adalah pembuka jalan untuk pelbagai komplikasi penyakit yang boleh meragut nyawa.
Mereka perlukan fakta yang tepat untuk keluar dari belenggu obesiti. Ramai yang terpedaya akibat tiada ilmu yang betul.
Kami mempelawa anda di Malaysia dan Indonesia untuk bersama menjadi coach yang akan kami latih dalam team kami.
Jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah, Anda adalah insan yang kami cari!
👉 Suka membantu orang lain
👉 Sayang sesama insan
👉 Suka belajar dan mengajar
👉 Cintakan kesihatan
Program Latih Diri Langsing dirumus khas untuk membantu mereka turun berat badan sebanyak 10kg dalam masa 60 hari dengan cara yang selamat dan efektif!
Membantu mereka untuk amalkan gaya hidup sihat bukan untuk mereka sahaja tapi untuk seluruh generasi mereka.
Apa yang kami akan sediakan untuk anda sebagai COACH?
- Latihan secara online sebanyak 12 sesi dan offline akan diberikan oleh Dr Malinda dan tenaga pengajar yang berpengalaman.
- 3 siri ebook akan diberikan sebagai rujukan: ebook resepi langsing, ebook senaman langsing dan ebook diari langsing.
- Sebagai coach anda akan mendapat bimbingan terus dari Dr Malinda Mohd Ali
"Thanks to this awesome program."
(Peserta LDL 1060 Cikgu Maznah)
Whatsapp kami sekarang untuk anda bersama-sama kami menjadi "coach" dalam group LDL 1060.
📱017 7001749
Tuesday, August 18, 2015
Friday, August 7, 2015
Nasi Oh Nasi !
Teks: Nor Razfizah Abd Razak.
Gambar: Google
Siapa pernah dengar orang kata...
"Kalau nak kurus, jangan makan nasi terus"
Ada juga yang kata begini..
"Kalau nak kurus sampai tak makan nasi tu...extreme..melampau la.."
Cuba kita renungkan sejenak. Kenapa zaman nenek moyang kita dahulu susah nak tengok diorang gemuk? Biasanya selim melim..pinggang. Pinggang bak biola..Arwah nenek saya pun kekal selim melim hingga arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir tetap kurus dan cantik susuk tubuhnya. Kenapa ye? Diorang pun memang makan nasi dari kecil.
Sebenarnya, Beras dan Nasi tidak bersalah sama sekali dalam hal ini..hihi...Dahulu, selepas proses menuai dan menampi padi, membersih dan membuang hampas ~ beras yang terhasil ketika itu merupakan Beras Perang - di mana ia masih mengandungi "bran" yang mengandungi banyak vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Inilah beras yang dimakan oleh nenek-nenek kita dahulu.
Tetapi teknologi moden telah mengambil alih proses tersebut. Ia membuang "bran" dan seterusnya menggilap (polish) dan menghalusi beras tersebut menjadi "Putih dan Berkilat"! Inilah yang dikenali sebagai REFINED WHITE RICE!!
Apabila "bran" yang kaya dengan vitamin dan mineral tadi dikikis, hasilnya Karbihidrat Terproses ini mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi! Apabila dimakan, tindakbalasnya dalam tubuh sama seperti kita makan gula pasir!
Gula dalam darag naik mendadak, Insulin dirembeskan secara mendadak. Sifat insulin ni pulak...memerangkap LEMAK!! Sebab tu, orang yang menghidapi penyakit kencing manis bacaan gula dalam darah mereka naik mendadak apabila mereka makan nassi. Sebab itu juga, makan nasi banyak susah untuk kurus.
Persoalannya, kalau tak boleh makan nasi, nak makan apa??
Paling bagus ialah menggantikan nasi putih tadi dengan beras perang atau beras basmathi. Untuk pengetahuan anda, beras wangi siam super yang sedap, wangi, berkanji itu lebih teruk dari gula pasir!! Jadi, lebih baik elak!
jom sama-sama kita lakukan perubahan, in shaa Allah
Wednesday, August 5, 2015
Kepentingan P.R.O.T.E.I.N.
Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepadaNya kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan para pembaca blog saya yang sangat saya sayangi.
Malam semalam kami menghadiri kelas online LDL 10:60. Tajuknya memang seronok. Ilmu Allah Maha Luas. Lagi banyak yang kita pelajari, lagi banyak yang kita tidak tahu.
Ok, kita mulakan dengan komposisi tubuh kita. Peratus komposisi protein dalam tubuh kita adalah antara 17% - 20%.
Pembahagian protein terbahagi kepada dua iaitu:
1) Protein Structural
- Protein yang membentuk struktur tubuh seperti otot, ligamen, tendon, kuku, rambut, tulang. Hmm...dalam tulang pun ada protein je tau, bukan kalsium je :) hihi...jangan main-main.
2) Protein Functional.
- Protein jenis ini membentuk enzim, hormon, simpanan protein, protein pelindung (protective protein) dan banyak lagi.
Fungsi Protein:
1) Contractile Protein
2) Enzim
3) Simpanan Protein
4) Transportation Protein
5) Structural Protein
6) Protective Protein
Dalam pemakanan kita seharian, kita sudah dibiasakan dengan pengambilan karbohidrat 8 - 12 hidangan sehari. Seperti piramid makanan yang kita pelajari sewaktu di alam persekolahan dulu. Tetapi, kita sebenernya tak perlukan karbohidrat sebanyak itu. Bayangkan dengan gaya hidup kita sekarang yang serba moden dan ringkas. Semua kerja kita dilakukan dengan peralatan yang canggih. Jadi, kita tak menggunakan banyak tenaga.
Sebagai contoh seperti saya suri rumah. Banyak peralatan di dapur memudahkan dan mempercepatkan. Jadi masa memasak dan penyediaan makanan menjadi lebih pendek. Tidak banyak tenaga diperlukan dan kalori yang terbakar pun cuma sedikit.
jadi, kita tidak tak boleh terlalu "taksub" dengan karbo kerana badan kita boleh menghasilkan karbo dengan sendiri. Apabila kita supply protein yang cukup pada badan kita, badan kita tahu apa yang perlu dibuat. Allah Maha Bijaksana. Dia tahu apa yang terbaik buat diri kita. Ciptaannya cukup sempurna.
Ok, berbalik pada tubuh kita tadi yang mempunyai protein yang cukup, jadi otot-otot kita akan terbina dengan lebih mantap. Seterusnya ini akan dapat meningkatkan kadar metabolisma. Protein yang mencukupi dalam badan akan switch kepada FAT BURNING STATUS. Ha ! ...inilah yang paling disukai oleh ramai wanita di dunia hahahah... :) :) :). Ia dinamakan Metabolic Switch
Lemak disimpan dalam badan untuk digunakan pada masa kebuluran. Tapi, jika protein supply cukup dalam badan, ia akan hantar signal macam ni, "Tubuh kita cukup simpanan tenaga. Tak payah simpan ekstra. Yang selebihnya boleh bakar dan buang" hehehe...lebih kurang begitu la ..
Jadi badan kita takkan simpan lebihan lemak tadi. Dia akan burn.
Asid Amino
Ok, ni masuk sikit bab Biologi. Sikit je.. hihi... nak bagi faham betul-betul kenapa badan kita perlu cukup protein. Bukan sekadar makan je, tak tahu apa kepentingan kepada tubuh kita.
Protein terbina dari Asid Amino. Asid amino merupakan rantaian kecil-kecil (yang bulat-bulat seperti dalam rajah di atas)
Latest, terdapat 22 jenis asid amino. Terdiri dari 2 jenis:
1) Asid Amino Perlu - Essential Amino Acid ( 9 jenis)
Asid amino perlu yang 9 jenis tu bermaksud tubuh kita TAK BOLEH HASILAKN SENDIRI. Kita perlu dapatnya dari pemakanan atau diet kita seharian. Asid Amino Perlu ini merupakan protein berkualiti tinggi.
2) Asid Amino Tak Perlu - Non Essential Amoni Acid (13 jenis)
Asid Amino Tak Perlu pula, bukan bermaksud kita tak perlukannya, tetapi, tubuh kita BOLEH HASILKAN SENDIRI. Tetapi, dengan syarat, ia boleh terhasil dengan kombinasi 9 jenis asid amino perlu di atas. Jika tak cukup kombinasi tadi, tubuh tak boleh hasilkan lagi 13 jenis asid amino tak perlu ini.
Oleh itu, tubuh kita sangat perlukan protein yang berkualiti tinggi ini. Contoh protein yang kita boleh ambil setiap hari dengan mudah ialah dengan meminum ESP (Energy Soy Protein). Cuma goncang dalam air sejuk atau air biasa dan minum. Tak kira di mana, di rumah atau di dalam kenderaan bagi mereka yang sibuk.
Kenapa Diet Tinggi Protein Penting Dalam Penurunan Berat Badan?
1) Meningkatkan metabolisma badanan kita yang membolehkan lemak dibakar dalam kuantiti yang banyak (Metabolic Switch)
2) Menstabilkan tahap insulin. Oleh itu, akan memberi rasa kenyang (full) lebih lama. Jadi tubuh dapat bertahan lebih lama.
3) Penting untuk pembentukan otot.
Oleh itu, kita kena bagi badan kita cukup protein, baru boleh buat karbo. Seperti kata kebanyakan orang yang masih tidak dapat meninggalkan NASI atau sumber karbo yang lain..."Habislah..matilah tak makan nasi". Badan kita boleh hasilkan glukos dari protein. Badan kita juga boleh buat glukos sendiri dari lemak.
Risiko Kekurangan Protein:
- Anemia
- Penyakit Buah Pinggang
- Kolestrol
- Tekanan Darah Rendah
- Gula Dalam Darah Rendah
- Fungsi Saraf Tak Stabil (Nerve Instability)
- Ulser Perut + Usus (Peptic Ulcer)
- Luka Lambat Sembuh (Poor Wound Healing)
- Pengaliran darah tak Lancar (Poor Blood Circulation)
- Pengelihatan Tidak Baik
- Badan Geleber (Irritability)
- Letih Lesu ( Fatigue)
- Lemah
- Tinggi kandungan Air Dalam Badan (Water Retention)
- Terencat Akal (Prolonged Period of Time Mental Retardation)
Macam pelik bila kita lihat seseorang yang obes, tapi kurang darah, kena ulcer perut, walhal kuat makan...kan ..kan...pelik tak? Itu sebenarnya kita tak beri secukupnya apa yang tubuh kita. Itu yang timbul banyak komplikasi. Badan kita pun tahu merajuk...hihi...ingat kita sorang je ke yang pandai merajuk?? hahaha :)
Protein Bagus
Telur merupakan makanan mengandungi protein paling lengkap, dengan nisbah Asid Amino pada nisbah yang betul. Orang yang menghidapi High Cholestrol atau Low Cholestrol pub boleh mengambil sehingga 2 biji telur sehari. Sebiji telur mengandungi 5g lemak. Ia juga mengandungi Leutein iaitu sejenis asid amino berkualiti tinggi yang boleh mencegah penebalan arteri. Lemak yang terkandung dalam telur kuning merupakan lemak yang bagus dan tidak mengandungi Lemak trans.
Pernah tak kita dengar, dulu-dulu orang kata "Tak elok makan telur kuning, banyak lemak. Kuning telur buang, makan yang putih je"..hihihi...mitos semata-mata. Kajian telah membuktikan. Jadi kita disarankan untuk mengambil telur berbanding fast food yang yang mengandungi lemak trans yang berbahaya.
Protein yang disarankan adalah dari soya dan ke atas. kekacang, susu, daging, ikan dan telur. Gandum penuh ( Whole wheat) juga mengandungi protein. Begitu juga

Thursday, July 30, 2015
EBook Promosi Raya
Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Rakan pembaca blog boleh mendapatkan EBook Promosi Raya (EBook Yeay ! Mama Sudah Resign) berharga RM30, anda boleh memilih mana-mana satu EBOOK BONUS seperti di bawah

Monday, June 29, 2015
My Kurus Langsing Journey
Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Alhamdulillah Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi
Ramadhan ke-12. Ramadhan bulan yang ditunggu-tunggu. Bulan penuh rahmat. Bulan pengampunan. bulan penuh keberkatan. Semoga Ramadhan ini dapat mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan program LDL 10:60, Revolusi Pelangsingan Dari Rumah. Melalui program ini , bermulalah misi saya untuk menukar bentuk badan saya, gaya pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat.
Saya bermula dengan 69kg pada pertengahan Mei 2015. Saya bahagia di samping keluarga tercinta. Dikurniakan 3 hero yang aktif dan comel menjadikan saya berazam untuk berkongsi masa saya lebih lama dengan mereka. Saya ingin menjadi teman baik mereka sepanjang masa.
Dari situ bermulalah misi saya untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan sihat. Saya mula mengamalkan pemakanan sihat iaitu kukus, panggang dan bakar. Saya ambil lebih protein dalam setiap menu saya kerana protein membantu pembakaran lemak. Saya mengamalkan sayuran-sayuran yang banyak , pelbagai warna. Saya minum lebih 8 gelas air kosong sehari, tidak termasuk kuah lauk dan jus.
Saya juga mengamalkan teh hijau. Saya memilih Cinch Tea sebagai minuman saya pada "tea break" setiap pagi dan sebelah petang. Cinch tea bukan sahaja tiada kalori, malah meningkatkan metabolisma dalam badan untuk pembakaran lemak. Saya juga tidak mengantuk dan "melepek" walaupun kurang makan.
Tetapi pemilihan pemakanan sihat sahaja tidak mencukupi. Saya perlu bersenam untuk memastikan misi saya untuk mendapatkan tubuh yang kurus dan sihat menjadi kenyataan. Saya mula bersenam di waktu pagi atau petang mengikut kelapangan. Paling tidak saya akan bersenam ringkas di dalam rumah, santai, di hadapan televisyen. Pada waktu pagi, saya akan berskipping sebanyak 50 kali di halaman rumah.
Pada hari ini, 29 Jun 2015, berat saya sudah mencecah 64.3kg. Sebelum tu, saya terdetik untuk mencuba pakaian-pakaian lama saya yang tersimpan dalam kotak. Alangkah terperatnya saya, yang kebanyakan seluar sedah boleh dikancing, mini jubah yang sendat di bahagian perut dan punggung dapat saya sarungkan longgar. Paling seronok dan tersentuh, saya dapat menyarung kembali baju kurung moden arwah ibu yang amat saya suka.
In shaa Allah, saya akan cuba capai misi untuk mendapatkan berat 60kg di penghujung Ramadhan tahun ini. Seterusnya mencapai berat 55kg secepat mungkn.
Niat saya untuk kurus bukanlah untuk cantik semata-mata. Tetapi lebih pada menjaga kesihatan dan mengurangkan risiko terkena penyakit-penyakit berbahaya seperti obesiti, penyakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis. jika pada zaman ibu bapa kita dahulu, penyakit-penyakit ini cuma kita dengar terkena pada orang dewasa berumur 30an dan ke atas. Tetapi, pada masa kini, pelajar sekolah rendah sekalipun menghidapai penyakit kronik.
Ramai orang di luar sana pada hari ini yang taksub dengan pelbagai ubat kurus, krim, losyen, rendaman yang menjanjikan boleh kurus tanpa mengamalkan gaya hidup sihat. Sedangkan pada logik akal, kita boleh berfikir, jika seseorang terus mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, boleh makan apa sahaja, pada bila-bila masa, tanpa perlu bersenam, misi untuk mendapatkan berat badan ideal adalah tidak mungkin tercapai. Makanan yang masuk ke dalam tubuh kita akan terus tersimpan dan tersimpan hari demi hari...lama kelamaan makanan ini jika tidak digunakan, ia akan tersimpan sebagai lemak yang membebankan organ dalam tubuh kita. Apabila sampai masa, ia akan menyebabkan RADANG seperti "bom jangka" yang akan "meletup" pada bila-bila masa. Apabila "bom jangka sudah meletup" tubuh kita akan mudah mendapat pelbagai penyakit kronik yang sukar diubati kerana masa itu sudahpun terlambat untuk mengubati. Kita boleh mengamalkan perubatan, tetapi pelbagai komplikasi akan berlaku dan kita terpaksa menghadapi kesakitan dan terpaksa pula membayar bil perubatan yang tinggi.
Bayangkan jika terkena penyakit kencing manis. Luka akan sukar untuk sembuh sebagai contoh di jari kaki. Lama kelamaan luka akan membusuk dan berjangkit pada jari di sebelah. Jika lambat diubati, ia akan menjangkiti jari-jari kaki tadi dan mengakibatkan jari tadi dipotong. Tidak mustahil ia menular pada keseluruhan kaki sehingga mengakibatkan kaki terpaksa dipotong pada paras bawah lutut. Pada waktu ini, kita bukan sahaja tidak dapat bergerak bebas, kita juga akan menyusahkan insan-insan yang kita sayang yang terpaksa menjaga kita.
Kalau boleh, saya tidak mahu hingga ke tahap itu. Kalau boleh, kita ingin menjaga setiap amanah Allah pada diri kita sebaik mungkin sepertimana yang dipinjamjan. Biarlah tubuh kita sempurna sehingga kita dijemput kembali kepadaNya. In shaa Allah.
Jika ada sahabat-sahabat lain yang ingin mencuba program diet sihat seperti saya, boleh menghubungi saya di 017 700 1749 (sms / Whatsapp) Mari kita sama-sama menjalani hidup sihat dan membantu ramai insan di luar sana untuk bebas dari penyakit OBESITI.

Friday, June 19, 2015
Bahaya Makanan Segera
Makanan yang sedia dimakan dengan cepat tanpa perlu disediakan pembeli. Kebanyakannya telah diproses untuk mendapat rasa tertentu dan boleh disimpan lama.
MUDARAT:
1- Digoreng dengan minyak (Trans Fatty Acids) - boleh menyebabkan kenaikan mendadak berat badan dan sakit jantung.
2- Garam berlebihan (MSG) - menyebabkan tekanan darah tinggi dan migrain.
3- Kandungan gula yang tinggi- menyebabkan kencing manis.
4- Pewarna dan perisa tiruan- menyebabkan ketagihan di kalangan kanak-kanak
5- Bahan Pengawet - Boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan buah pinggang.
6- Penambahan berat badan juga akan berlaku.

Kenapa Perlu Capai Ideal?
Kenapa Anda Perlu Capai Berat Badan Ideal?
Kenapa?
Untuk apa?
Untuk siapa?
Untuk apa?
Untuk siapa?
Ini soal Diri. Jika kita tidak dapat mengenalpasti hati, fikiran dan emosi sendiri - tiada sebarang perubahan akan berlaku. Tidak ada kekuatan untuk bangkit bergerak mencapai matlamat.
Terjah dan gerudi minda anda untuk mencari jawapan. Kenapa perlu dapatkan berat badan ideal? Kenapa perlu buang berat-berat yang berlebihan ditubuh? Kenapa? Jika anda hanya fikir untuk kurus dan cantik - itu tidak tidak kuat untuk menghasilkan satu tindakan atau 'action'!
Cuba luangkan masa sejenak untuk berfikir - Bertanya dalam diri, menyoal hati dan nurani untuk mengenalpasti di mana silapnya dan kenapa perubahan perlu segera dilaksanakan??
Kita mungkin melakukannya sekarang untuk suami/isteri tersayang dan anak-anak tercinta. Jangan biarkan mereka terpaksa menanggung beban untuk menjaga kita waima kita yang seharusnya menjadi naungan teduhan mereka.
Jika kita tiada masa untuk menjaga diri dan kesihatan kita, jangan kecewa jika suatu hari nanti, anak-anak kita tidak punya masa untuk menjaga kita yang terlantar menderita... Nauzubillah minta dijauhkan. Tiba masanya untuk keluar dari zon selesa yang hakikatnya hanya ilusi! Fikirkan.
Beban lemak yang kita tanggung, jangan jadi beban juga untuk anak cucu kita. Biar kita tua, sihat, mudah beribadat dan tak menyusahkan anak, cucu dan orang terdekat.
Fikir-fikirkan.
Kami di LDL 1060 sedia membantu anda untuk melakukan perubahan.
Hubungi kami segera di 019 700 1749 untuk mendapatkan info lanjut atau emel kami di latihdirilangsing1060@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)