Thursday, January 22, 2015

8 Rahsia Bawang Putih





1. Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Anti-inflamasi.
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan asid gastrik pada lapisan perut yang membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Monday, January 19, 2015

Pizza Kentang Bilis

Hari ni prepare sarapan Pizza Kentang Bilis. Simple tapi sedap & menyihatkan. Tak sangka anak-anak dan suami suka. Alhamdulillah. Pagi Isnin yang mendamaikan. Bagi yang ingin mencuba, saya kongsikan resepi seperti di bawah ye :)

Sarapan untuk saya, segelas ESP bersama Shaklee Collagen. Yummy. So, saya makan pizza ni dalam 2 keping lebar dan tebal tapak tangan saya. :) Vitamin lain saya ambil seperti biasa.







Ok, jom kita intai resepi Pizza saya.


Pizza Kentang Bilis
=============

Erk..tangan siapa yang tengah mincicah tu ye??


Bahan-Bahan:
3 biji kentang - potong dadu
Tepung gandum - lebih kurang 5-6 sudu besar untuk salut kentang sahaja
Ikan bilis secukupnya
Garam
3 sudu besar minyak

Cara:
Panaskan kuali
Kacau semua bahan supaya rata dalam sebuah bekas
Ratakan dalam kuali berbentuk bulatan
Tutup kuali supaya adunan cepat masak.
Terbalikkan adunan bila bahagian atas adunan tadi nampak sudah kering
Tunggu yang bahagian sebelah lagi pula untuk garing.
Hidang dengan sos cili.

Kiraan Kalori:
3 bji kentang = 75 x 3 = 225 kalori
3 sudu besar minyak = 45 x 3 = 135 kalori

Ok, habis kisah sarapan pagi.

Lepas sarapan pergi Makbank Larkin Perdana. Nak tutup inruran takaful anak sebab dah ada insuran PrudentialBSN. Tapi kecewa bila diberitahu yang cawangan Larkin Perdana dah jadi maybank Islamic dan tak buat insuran lagi. So, nak tutup insuran kena pergi ke cawangan yang bukan Islamic. Yang paling mudah bagi saya ialah maybank cawangan Setia Tropika.

Sampai ke maybank Setia Tropika pula, dan pukul 12.15 tengahari. Pegawai "customer service" kata pegawai yang uruskan insuran keluar pergi makan pula. Masa itu emas. Jadi, saya tak tunggu. Terus balik siapkan makan tengahari pula.

Lunch tengahari ni mudah dan ringkas. Masak singgang ikan kembung dan sebiji telur gred AA digoreng dengan 1 sudu teh minyak masak. Telur goreng tu makan kongsi berdua dengan hero saya, Syarif.

Meh intai resepi Singgang Ikan Kembung pula;

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan kembung
Kunyit hidup (sebesar ibu jari) - ketuk
1 batang serai - ketuk
Lengkuas (sebesar ibu jari) - ketuk
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Caranya:
Masukkan semuanya dalam periuk. Air secukupnya. Jerang hingga didih. Siap untuk dihidang :)


Lepas makan, saya ambil Omega Guard sebiji untuk memecahkan lemak :)



Khasiat Omega Guard





Sesiapa yang ingin mencuba boleh PM saya di fb Izzah Razak atau Whatsapp saya di nombor 017 700 1749.







Sunday, January 11, 2015

11 Januari 2015

Syaraf dah berjaya terlungkup. Tapi tak boeh nak terlentang semula lagi.
Tidur pun terlungkup juga.
Kadang-kadang ibu & ayah was-was juga..
Terus perhatikan turun naik bahagian belakang Syaraf.
Heheh...memang stail tidur bul
an ni agaknya.
Jap lagi nak makan Vita lea, ESP, Vita C, Kolagen, Alfalfa & GLA .
Semoga susu yang Syaraf minum nanti lengkap dgn semua vitamin ni. 

Salam Maghrib.


Set Menyusu





Thursday, January 8, 2015

7 Sebab Anda Tidak Perlukan Supplement





Anda Tidak Perlu Supplements SEKIRANYA :

1. Anda makan makanan yang sihat, berkhasiat setiap hari. Tiada makanan segera, makanan terproses atau makanan dalam tin dan sebagainya.

2. Anda tidak terdedah kepada sebarang bentuk pencemaran - udara, air, makanan dan sebagainya.

3. Anda tidak memasak terlalu lama kerana byk nutrisi hilang semasa memasak. Anda banyak mengambil sayuran mentah.

4. Hidup anda tidak mempunyai sebarang bentuk stress atau tekanan kerja dan masalah, sentiasa mempunyai tidur yang sempurna dan anda sentiasa aktif.

5. Anda tidak mengambil apa-apa perkara yang boleh menyebabkan gangguan penyerapan nutrisi seperti rokok, alkohol, ubat-ubatan, antibiotik, pil perancang, kopi, teh, gula, garam berlebihan etc.

6. Anda tidak pernah dijangkiti selsema, demam, batuk atau sebarang bentuk penyakit.

7. Anda menanam sendiri semua sayuran dan buah-buahan anda untuk memastikan nutrisi dari tanah yang cukup berzat dan tiada sebarang racun serangga.

Jika anda tidak tergolong di antara 7 golongan di atas. Anda wajib mula menimbang tara pengambilan nutrisi yang sesuai untuk anda.

Individu berbeza, keperluan supplement yang berbeza.


PM Kami di Izzah Razak atau Whatapps di 017 700 1749 untuk konsultasi nutrisi PERCUMA anda hari ini.



Tuesday, December 16, 2014

Cerita P.R.O.T.E.I.N.

::  Protein  ::

Hari ini saya akan kongsikan tujuan utama kita makan protein.





1 – Metabolisma (Otot)

Kita sering bersenam dan melakukan pekerjaan berat. Banyak sel-sel otot kita yang “mati” ketika kita bersenam terutamanya jika kita melakukan senaman yang mencabar kekuatan otot seperti weight training atau bodyweight training (push up, sit up, dan sebagainya). Kita tak menyedari kematian sel-sel ini kerana tubuh kita mempunyai berjuta-juta sel.

Oleh itu, kematian “sebahagian kecil” sel-sel tersebut mungkin tidak kita sedari. Namun, tanpa diet yang berkualiti (ada protein), sebahagian kecil sel-sel otot yang mati tadi mungkin tidak dapat diganti menyebabkan “sebahagian kecil” tadi akan lama kelamaan menjadi “sebahagian besar”.

Otot adalah mesin-mesin yang menggerakkan metabolisma kita, yang membakar lemak-lemak kita. Penurunan berat badan melalui “kehilangan otot” adalah sesuatu yang malang dan tidak harus dibanggakan, kerana turunnya berat otot bererti penurunan kadar metabolisma ANDA!




2 – Pertumbuhan

16% dari tubuh badan manusia terdiri daripada protein. Rambut, kulit, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein (semuanya mengandungi DNA, dan dalam DNA mengandungi protein). Setiap hari, ada sel-sel kita yang mati dan ia perlu diganti. Tubuh memerlukan asid amino (komponen asas protein) untuk membina kembali otot-otot dan sel-sel kita yang lain.

Tanpa protein yang mencukupi, badan kita akan menjadi lemah dan lembik. Dalam erti kata lain, protein kepada badan manusia ibarat batu-bata kepada sesebuah bangunan. Bolehkah sebuah bangunan berdiri kukuh jika sumber batu-bata tidak mencukupi?





3 – Menstabilkan Paras Gula (dalam darah) dan Insulin

Protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata. Maka perlu untuk menggabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet. Fungsi protein adalah mencegah paras gula dalam darah daripada meningkat terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi antara paras gula dan insulin. 

Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glikogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.





4 – Metabolisma (Pencernaan)

Sekali lagi, protein meningkatkan kadar metabolisma, dan makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat.

Body builder mempunyai matlamat untuk menurunkan berat badan yang lebih spesifik iaitu “menurunkan lemak dalam badan“. Bukankah kita juga mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin membuang lemak dalam badan? Maka contohilah mereka (namun tidak semestinya harus menjadi besar dan gagah seperti mereka).
Dalam arena bina badan, high protein diet adalah sesuatu yang normal di kalangan mereka yang ingin menurunkan paras body fat %. 

Karbohidrat adalah kawan karib body builder. Mereka tidak mungkin meninggalkan karbohidrat. Apa yang mereka lakukan ialah, merendahkan pengambilan karbohidrat berbanding biasa dan meningkatkan pengambilan protein (bersama sumber alkali seperti sayur-sayuran, kerana protein bersifat asid). Namun jangan sesekali salah anggap, mereka bukan mengamalkan diet Atkins. Dalam masa yang sama, mereka juga menjaga jumlah kalori yang harus diambil.



Protein – Berapa yang kita perlukan?



Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari adalah kira-kira 1g per kg berat badan (jika berat anda ialah 60kg, maka anda perlu makan sekurang-kurangnya 60g sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti senaman angkat berat (intensiti tinggi).

Namun usah bimbang dengan nilai ini. Asalkan kita menjaga pengambilan kalori dan makan secara seimbang, yakni setiap hidangan harus mengikut nisbah yang termaktub dalam piramid makanan (harus ada karbohidrat, protein dan lemak), maka pengambilan protein harian anda sudah mencukupi.

----------------------------------------------------------------------------------------




Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein (ESP) :

  • Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee telah menjalani kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. 


  • Setiap tin ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah penggalak tenaga (energy booster) yang boleh bertahan selama berjam-jam.


  • Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah serap oleh badan manusia.


  • Ia mengandungi 22 jenis asid amino dan satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. 

  • Ia sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda.



Antara Faedah Utama Energizing Soy Protein Shaklee:

Kekal Muda – Asid Amino penting dalan pembinaan otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Pembekal tenaga segera – Membekalkan tenaga segera. Meningkatkan sistem imun. Ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dan sebagainya.

Kulit Berseri dan Anjal – Merangsang pembentukan semula (regenerasi) kulit dan otot, memulihkan kedutan, anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan keguguran rambut, uban, pigmentasi.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – Kacang soya merupakan tumbuhan yang tinggi kandungan isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel tunuh sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Pengalaman saya sendiri mengambil ESP sebelum bersalin:

- Kulit semakin lembut dan lembab. Masalah kulit kering semakin hilang.
- Kulit semakin cerah.
- Kesan-kesan parut semakin pudar
- Kurang rasa lapar (ambil sebagai sarapan)

Kesan Selepas Bersalin:

- Susu banyak dan pekat
- Kesan strech mark semakin kurang
- Mengatasi rasa lapar selepas setiap kali menyusu. tak perlu ambil nasi atau makanan berat banyak kali dalam sehari.
- Mengatasi masalah lapar dengan cepat.
- Mudah dibawa ke mana-mana. Cuma bawa dalam bentuk serbuk dan air masak. Mudah dibancuh dan boleh terus diminum walaupun di dalam kenderaan.


Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di nombor 017 700 1749 (Whatsapp/ SMS ) 
Atau PM saya di fb  Sunnah Superstore .

Salam Sayang
Cegah Sebelum Singgah
Izzah Razak
WAHM




















































































































Friday, December 12, 2014

My Turning Point

Assalamualaikum wbt

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang amat bahagia di samping suami tersayang dan 3 orang cahaya mata lelaki yang sihat dan cerdik yang menjadi pengikat tali kasih antara kami suami isteri. Memiliki segulung ijazah dalam bidang perindustrian dan berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Kawalan Mutu & Peralatan merupakan kejayaan saya yang membanggakan keluarga saya. Pernah bekerja di beberapa buah syarikat perindustrian di selatan tanah air dan menjawat jawatan sebagai seorang jurutera. Sekarang saya seorang suri sepenuh masa yang menjalankan perniagaan hanya dari rumah. Syukur di atas segala limpah kurnia Allah SWT.

Akan tetapi, kehidupan saya sebelum ini tidak sama. Keadaan keluarga saya mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Ibu saya yang cuma seorang suri rumah menghidapi penyakit sendi, Rheumatoid Arthritis seawal usia 30an. Bayangkan, dalam usia yang begitu muda beliau tidak dapat menjalani kehidupan yang sihat seperti wanita lain yang seusia dengannya. Rutin hidupnya penuh dengan kesakitan. Beliau perlu menelan sejumlah ubat-ubatan saban hari. Ke mana sahaja beliau pergi ubat-ubatan itu menjadi teman setia. Ruti harian menjadi sukar walaupun untuk menguruskan diri sendiri seperti mandi, memakai baju, memotong kuku, berjalan, menyuap makanan ...apalagi untuk membereskan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menyidai pakaian. 

Setiap pagi ayah akan bangun untuk menyediakan sarapan ringkas seperti roti dan segelas air untuk disuapkan ke mulut mak yang terbaring kaku di atas katil. Selepas menyuap sarapan, ayah akan memberikan ubat pula baru ayah akan ke ke kebun untuk menoreh. Beberapa jam selepas itu, baru ibu boleh bergerak untuk menguruskan diri dan kerja-kerja rumah yang lain. Mandi, menyikat rambut hatta menyuap makanan adalah sukar baginya. Setiap saat dirasakan sakit sehingga tak terucap. 

Kadangkala mak cuba bangun dan sarapan sendiri. Jika sarapan biskut di dalam telap, memang sukar untuk dibuka. Mak akan memanggil sesiapa di dalam rumah untuk membukanya. Nak menyuapkan ke mulut pun sukar. Biskut yang dicicah jatuh sebelum sampai ke dalam mulut.

Jika saya ada, mak akan menyuruh saya memicit kaki dan tangannya yang sakit perlahan-lahan. Pernah mak berkata, "Tak tahu nak letak mana lagi tangan dan kaki ni, asik lenguh je. Letak atas salah, letak bawah salah. Rasa nak cabut nak letak atas almari" Kedengaran lucu, tapi itulah hakikatnya. Saya yang memicit kaki mak masa tu rasa nak menitik air mata, tapi saya tahan kerana saya tahu, sebagai anak sulung, saya kena kuat. Saya kena naikkan semangat mak. Walaupun saya akan melepaskan rasa sebak saya di belakang mak. Kulit mak banyak bintik hitam, akibat kesan ubat yang ditelan bertahun-tahun. Raut wajahnya jauh kelihatan tua meninggalkan usianya yang masih muda. Mata mak juga kering, pedih dan sukar untuk melihat dalam waktu yang lama, mak lebih suka memejamkan mata. 

Jika ke kenduri kendara, orang yang tidak kenal mak, akan kata "mengada-ngada" . Apa tidaknya, mak tak boleh duduk di bawah kerana sukar untuk bangun. Terpaksa mengesot dan berpaut pada mana-mana tiang atau dinding atau bahu orang untuk bangun. Bangun pun dalam keadaan merintih sakit. Makan pun cuma lauk yang dekat je, yang jauh sukar untuk dicapai.

Keadaan bertambah parah jika mak demam. Selimut toto lima enam helai pun masih tidak dapat meredakannya. Mak menggigil kesejukan seperti dimandikan ais. Pernah satu ketika, demam mak amat teruk, ayah bawa mak ke hospital. Dipapah ke kereta pun sakit, kata mak, "Air menitik di atas kulit pun sakit, inikan pula tangan yang pegang". Sampai di perkarangan hosital, mak tak boleh bangun dari tepat duduk kereta. Doktor terpaksa keluar untuk memberi suntikan.

Teringat saya di hari lebaran, baju kurung paling mak sukar untuk sarungkan. Saya selalu membelikan kain yang sedondon kerana kami sahaja wanita dalam rumah tu. Walaupun baju kurung mak menjadi pakaian harian mak sejak muda. tetapi kesukaran untuk menyarungkannya membataskan minat. Mak cuma pakai baju kurung di hari raya pertama sahaja. Mak lebih suka mengenakan baju blaus yang berbutang di hadapan.

Jika berjalan jauh, mak mesti membawa bekalan ubatnya, seperti gula-gula. Tekak mak sudah kembang untuk menelannya. Pernah suatu ketika mak tidak memakan ubat, hasilnya dapur tak berasap satu hari. Mak pun sukar untuk bangun dan bergerak jika masa makan ubat tidak ditepati.

Banyak jenis ubat mak makan, dari hospital kerajaan hingga ke hospital swasta. Sampai satu peringkat, mak muntah-muntah walaupun hanya minum air kosong. Rupanya apabila dibuat pemeriksaan rapi, perut mak mengalami luka yang teruk dan banyak. Banyak pemeriksaan dilakukan ke atas ibu sehingga pada suatu hari, ibu mengalami hypo dan pengsan. Saya mendapat panggilan daripada keluarga bergegas pulang ke kampung seorang diri. Ibu ditahan di wad. Saya menjaga ibu selama 5 hari yang pertama. Saya mengambil tugas jururawat, membersih dan menjaga ibu. 3 hari yang pertama ibu tidak sedarkan diri. Hari keempat, ibu sudah sedar, tetapi tidak mengenali saya. Ramai kawan ibu yang datang melawat, bersedekah bacaan yasin. Hari kelima ibu sudah mengenali saya, syukur. Hari keenam, ibu sudah boleh menyuap makanan sendiri walaupun banyak makanan yang jatuh sebelum sempat sampai ke mulut. Petang itu ibu minta untuk dimandikan di bilik air. Saya rasa sungguh gembira, ibu sudah semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Tidak disangka-sangka, itulah hari terakhir saya melihat dan menjaga ibu saya. Malam itu, saya kembali semula ke Johor kerana cuti sudah tamat. 
Tiga hari selepas itu,  18 Mac 2014 saya mendapat panggilan sekali lagi dari ayah menyatakan yang ibu sudah tiada. Sungguh pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat yang harus diterima oleh kami sekeluarga. kali ini, saya pulang sekeluarga. Saya sempat memandikan arwah sehingga dikuburkan di liang lahad. Tidak dapat digambarkan perasaan terkilan saya pada masa itu, cuma tiga hari selepas saya pulang, arwah meninggalkan kami. Subhanallah..tapi saya bersyukur dapat menjaganya 5 hari di hospital sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Masih kekal di ingatan saya senyuman arwah pada malam terakhir sebelum saya pulang ke Johor. Senyuman yang pasti untuk menyenangkan hati saya sahaja. 
Arwah meninggalkan kami pada usia 53 tahun (saya pula berusia 35 tahun) Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah. Beliaulah yang menjadi kekuatan pada diri saya untuk berkongsi dengan anda di luar sana.

Saya bermastautin di selatan. Saya berkahwin dan bekerja selama lebih kurang 10 tahun. Menjawat jawatan sebagai seorang jurutera membuatkan saya sibuk. Setiap hari dikelilingi dengan pelbagai masalah tekanan kerja. Bekerja lima setengah hari seminggu membuatkan saya tiada masa untuk diluangkan masa bersama keluarga tersayang. Masa cuti di hujung minggu cuma dipenuhi untuk membereskan kerja-kerja rumah dan berbelanja barang dapur. Tiada masa untuk membawa anak-anak bercuti. Jika ada kelapngan, kami cuma boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan berhampiran. Itu sahaja tempat rekreasi yang tidak memerlukan modal. 

Selepas berkahwin, saya dikurniakan 3 orang cahaya mata. Anak kedua saya, Muhammad Syarif mengalami masalah pernafasan. Hampir terkena asma yang teruk. Merata klinik dan hospital saya dan suami ikhtiar. Akhirnya Allah menghantar seorang hamba Allah kepada saya. Melihat keadaan anak saya, dia mencadangkan agar saya mencuba 2 produk Shaklee; iaitu Nutriferon dan Chewable Vitamin C. Hampir habis sekotak Nutriferon, kesihatan anak semakin baik. Jadi saya mendaftar keahlian cuma serendah RM65 sahaja.

Saya mula menghadiri kelas-kelas bisnes yang mengajar tentang kebaikan dan keberkesanan produk. Ilmu dari kelas itu, saya kongsikan di fanpage saya, Sunnah Superstore . Harapan saya, saya ingin kongsikan kebaikan produk-produk Shaklee kepada insan-insan di sekeliling saya.

Pengalaman melihat penderitaan yang ditanggung oleh arwah ibu membuatkan saya terpanggil untuk berbuat sesuatu untuk mencegah. Saya sering tertanya-tanya, perlulah saya mengambil ubat darah tinggi sebagai pencegahan? Ayah saya sendiri mengalami beberapa penyakit kronik seperti jantung tersumbat 50%, Hepatitis B, darah tinggi dan kencing manis. Saya tidak mahu ahli keluarga yang lain juga turut mengalami nasib yang sama. Keluarga di kedua-dua belah ibu dan ayah saya mempunyai kesemua risiko penyakit, darah tinggi, penyakit jantung, strok, kanser ..dan banyak lagi. 20% - 30% penyakit ini boleh diwarisi dari keturunan. Perlukah kita cuma berserah dan menunggu perkara tersebut berlaku? 

Saya tidak mahu melihat lebih ramai insan di luar sana menjadi "mangsa" kepada pelbagai masalah kesihatan yang berpunca dari tiada ilmu atau informasi sebenar tentang bagaimana untuk menjadi sihat dalam erti kata yang sebenar.

Saya ingin membantu sesiap sahaja yang serius ingin memperbaiki tahap kesihatan mereka, ingin langsing secara sihat, ingin kembali menjadi "muda", bertenaga dan ingin membina lebih banyak kejayaan di dalam hidup. Saya ingin mencari 10 orang yang mahukan perundingan 100% Percuma dari saya.

Hubungi 017 700 1749

atau Like FB saya www.facebook.com/SunnahSuperstore 

Sekian perkongsian dari saya. Semoga ianya dapat membuka minda kita semua untuk membuat pilihan yang tepat. Tidak perlu modal yang tinggi, cuma kegigihan, semangat dan daya usaha yang tidak mengenal jemu. Mohon petunjuk dari Allah.  Rajin bersedekah walaupun sedikit cuma, In shaa Allah perniagaan kita diberkati olehNya.

Salam Sayang.
Cegah Sebelum Singgah

Tuesday, December 9, 2014

Jalan-Jalan Jumaat

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.
Gambar : Koleksi Peribadi.

Alhamdulillah. Sejak memilih untuk menjadi suri sepenuh masa, saya bersyukur amat. Banyak masa diluangkan bersama anak-anak & suami. Lebih-lebih lagi saya dikurniakan dengan cahayamata ketiga. Pelbagai isu tentang kecuaian pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak mengundang pelbagai kejadian yang tak diingini. Betul malang tidak berbau. Akan tetapi, jika kita membesarkan anak-anak kita dengan tangan kita sendiri di rumah, kita boleh memberikan penjagaan yang lebih baik. Bonus, kita boleh berjalan-jalan pada hari orang lain bekerja. Suami saya juga bekerja sendiri, Jumaat merupakan hari cutinya.

Kami bercadang untuk pergi ke Komtar yang terletak bersebelahan City Square (CS) di tengah bandar Johor Bahru. Sebelum ini, Komtar ditutup agak lama untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Komtar sekarang ada beberapa tingkat. Tempat parkir kereta juga bertingkat-tingkat. Tinggi menjunam.

Kami cuma bawa anak berjalan-jalan sambil "survey" kawasan dan harga barang. Banyak lagi lot-lot kedai yang masih kosong. Terdapat patung replika dan pelekat Angry Bird di setiap tingkat. Kanak-kanak termasuk anak saya memang teruja.

Taman permainan bertemakan Angry Bird ada di tingkat paling atas. Tak berapa ramai kanak-kanak yang masuk. Mungkin sebab harga tiketnya yang agak mahal. Kanak-kanak RM60. 2 orang askar saya sahaja sudah RM120. Takkan nak biar mereka bermain tanpa diawasi? Sekurang-kurangnya salah seorang dari ibu bapa mesti masuk juga. Tiket dewasa tak pasti harganya, yang pasti lebih mahal dari kanak-kanak.








Itulah gelagat hero saya yang dua orang tu. Si adik lebih suka "posing". Si abang yang perasan "dewasa" susah untuk diajak bergambar. Lebih suka berjalan sendiri. Risau juga kami. Nasib baik tempat tu tak berapa ramai orang kerana kami berjalan-jalan di hari bekerja. Jadi, kurang sesak dan lebih santai.

Selepas tu, kami masuk ke kedai yang menjual makanan dari timur tengah. Mamang rambang mata. Semua yang dilihat, rasa ingin dibawa pulang ke rumah. Geram. Harganya juga tidak berapa mahal. Salah satu barangan yang dijual ialah Jus Delima Gulsan. Cuma RM15 untuk 340g, sama seperti yang saya beli di Mersing, di dalam pasar yang tiada pendingin hawa. Ada macam-macam makanan kering seperti buah tin, zaitun, zafran, kurma, kismis dan kiwi. Terdapat juga pelbagai kekacang seperti badam, gajus, kuaci pelbagai jenis. Pendek kata, pelbagai jenis makanan sunnah ada dijual di sini dan harganya berpatutan.

Akhirnya setelah melihat, kami membuat keputusan untuk membeli jeruk buah zaitun dan campuran pelbagai jenis kekacang.



Jeruk buah zaitun Mr Olive 370g , cuma RM7.00



Campuran pelbagai kekacang, kuaci dan kismis, 800g cuma RM27.00


Alhamdulillah. Syukur dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Berniaga sendiri membuatkan impian ini menjadi nyata. Cuma bermodalkan serendah RM65 atau RM75 (RM10 untuk kos penghantaran kit permulaan) . Tidak perlu menyimpan stok yang banyak. Cukup dengan membuat perkongsian tentang kebaikan dan keberkesanan produk kepada orang ramai.

Kepada sesiapa yang berminat boleh PM saya atau menghubungi saya melalui Whatsapp/ SMS/ Telegram.


Cegah Sebelum Singgah
Izzah Razak
017 700 1749 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...