Thursday, November 27, 2014

Cantik!

Alhamdulillah

Baby Syaraf semakin sihat. Berat masa lahir kecik je...3.07kg. kuat menyusu dan "mengempeng". Kuat tidur juga. Tak sangka kena tahan wad sebab kuning tinggi. Masa lahir 11, lepas tu periksa di klinik kesihatan naik mendadak 17. Esok terus pergi ke hospital besar, baik 19. Masa di klinik kesihatan ambil darah di kaki, tapi di hospital, di tangan. Bayangkan tangan si kecil yang halus mulus tu dicucuk dan diambil darah dari situ. Tapi kata pihak hospital, bacaan di tangan lebih 'afdhal' , lebih tepat berbanding bacaan di bahagian kaki.

Sebak di hati hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Betapa tidak kuat untuk meninggalkan baby Syaraf di sana. Tengah malam ibu dan ayah pergi menjenguk lagi di wad selepas abang-abangnya tidur. Alhamdulillah bacaan kuning turun mendadak, 14. Kata jururawat bertugas, mungkin esok dah boleh keluar.

Rezeki di hari Jumaat, dalam jam 2 petang, Syaraf dah boleh keluar. Syukur.


Syaraf umur seminggu.

Cukup sebulan kena cucuk imunisasi pula. Wah! Berat naik dalam 400g, 3.4kg. Syaraf menangis sekejap je, masa kena cucuk. Lepas keluar dari bilik tu, bagi "upah" susu, terus diam. Ibu boleh "drive" dan balik dengan senang hati. Ibu "drive" seorang diri. Abang-abang dah ke sekolah. Ayah sudah pergi kerja. 


Syaraf umur sebulan lebih


Cukup 2 bulan Syaraf ibu kena bawa Syaraf ke klinik lagi. Cucuk imunisasi lagi. Sebelum cucuk, kena timbang berat dulu, 4.8kg. Wah..naik dlm 1kg 400g. Patutlah masa dukung terasa lenguh di bahu. 

Ibu tahu Syaraf kuat. Jururawat siap beritahu;

Jururawat: Cucuk kali ni kuat ye kak. Ni ubat demam, kalau demam, terus bagi makan ubat. 
Ibu: Kalau tak demam? 
Jururawat: Kalau tak demam, tak payah la..hihi 

Balik, ibu terus susukan Syaraf. Lebih kerap. Sebelum tu, ibu dah makan banyak vitamin supaya susu ibu banyak zat. Semua untuk kebaikan Syaraf. Alhamdulillah. Syaraf tak demam. Syukur Ya Allah. Setakat ni Shaklee tak pernah menghampakan. Berat naik cantik. Kulit pun halus dan cerah.  



Syaraf  umur 2 bulan lebih

Ni Syaraf yang terkini. Agak-agak berapalah berat bila timbang cukup 3 bulan nanti ye?






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...