Wednesday, November 19, 2014

Realiti Kehidupan Masa KIni

Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Gambar: Google




Syukur ke hadrat Ilahi kerana meminjamkan ilmuNya untuk dikongsikan di sini untuk kita renungkan bersama. 

Dalam kehidupan kita kini yang kian mencabar kita dihimpit oleh situasi dan realiti kehidupan. Seperti gambar pokok kaktus di atas, walaupun ia cantik berbunga, dengan latar belakang yang membiru yang melambangkan kedamaian, tetapi penuh duri yang menggambarkan situasi dan realiti kehidupan yang amat mencabar terutamanya kewangan.

Ramai warga Malaysia kini mengakui bahawa dihimpit kesempitan dari segi kewangan yang amat kritital. Kenaikan harga minyak menyumbang kepada pelbagai isu kenaikan lain seperti harga barang, terutamanya keperluan harian yang asas. 




Terkini, diumumkan bahawa pekerja yang bergaji RM3600 dianggap sebagai "golongan miskin". 





Ok, sekarang kita lihat dalam umur 20an hingga awal 30an. Pada umur ini kebanyakan orang sedang memulakan kehidupan berkeluarga. Situasi yang sering dibangkitkan di dada akhbar ialah setiap hari ada sahaja rakyat yang muflis.

Saya gambarkan dalam analogi yang lebih mudah untuk kita fahami. Bayangkan ada seekor katak dalam sebuah mankuk berisi ais. Di bawah mangkuk tersebut dinyalakan api. Katak tersebut berasa "selesa" dek kesejukan ais. Katak tersebut tidak mahu melompat keluar walaupun ia tahu ia boleh berbuat demikian. Nyalaan api lama-kelamaan akan mencairkan ais. Dalam proses ais mencair, si katak masih lagi leka...sehingga kesemua ais telah cair, lalu memanaskan air. Si katak tadi, tidak boleh melompat keluar malah mati di dalam air yang menggelegak.

Katak = Manusia
Ais = Kesenangan (ada gaji, cuti, cuti sakit, klinik panel, kenderaan syarikat, pencen dan lain-lain)
Api = Krisis ekonomi  

Apabila ais mencair menandakan krisis ekonomi melanda. Kesempitan hidup memerangkap isi rumah. Jalan penyelesaiannya adalah dengan meminjam, buat pinjaman dengan bank, lebih terk lagi dengan "along".



Purata Pendapatan Rakyat Malaysia RM2500
===============================

Pendapatan atau gaji sehingga RM3600 di Malaysia sekarang dikasifikasikan sebagai "miskin" atau sekadar cukup-cukup makan. Jika kita tinggal di bandar besar seperti di Johor Bahru, KL, dengan pendapatan sebegitu perlu membayar sewa rumah, kereta, makan minum, biaya ke klinik sememangnya tidak mencukupi, malah baki "negatif" . baki negatif ini menunjukkan kita perlu "berhutang". Jika kita masih bertahan untuk bekerja sehingga 30 tahun atau lebih kenaikan gaji juga tidak dapat menampung perbelanjaan kita.

Potensi diri kita sebenarnya jauh lebih besar dari yang kita sangkakan. Lebih besar dari gaji yang dibayar oleh pihak majikan kepada kita. Purata gaji rakyat Malaysia sebanyak RM2500 dianggap kritikal. Perbelanjaan perlu diurus rapi supaya tidak berlaku kebocoran. Kebocoran yang kecil pun akan membuatkan perbelanjaan haru-biru, korek lubang, tampal lubang sahaja. Cari solusi.

Kembali Pada Fitrah
==============

Sudah fitrah sebagai wanita, lebih-lebih lagi yang sudah berumahtangga, tempat yang sebaik-baiknya adalah di rumah. Suami keluar mencari nafkah, isteri menyelesaikan tugasan harian di rumah seperti membasuh pakaian, mendidik anak, mengemas rumah. 

Tambahan pula pada masa kini, isteri di rumah juga boleh membantu suami dalam aspek kewangan. Seperti saya di rumah, yang menjalankan perniagaan online hanya dalam talian. Tanpa perlu keluar rumah, cuma perlukan internet, sebuah komputer riba dan telefon pintar. Pengiklanan, pesanan dan proses penghantaran hanya di hujung jari. Terdapat banyak media sosial untuk mengiklankan produk yang dijual seperti di facebook, twitter, instagram, blog dan pelbagai lagi medium lain. 

Sebagai seorang WAHM (Work At Home Mom) saya masih dapat mencari duit poket di rumah, di samping menjaga anak kecil saya yang berumur 2 bulan lebih. Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita mahu yang terbaik buat anak-anak kita. Kita ingin menjaga dan menguruskan mereka dengan tangan kita sendiri daripada menyerahkan mereka kepada pengasuh. Kita akan jauh lebih tenang dan puas hati walaupun kita berasa sedikit penat dalam menguruskannya sendiri. 

Terdapat banyak pilihan perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah. Saya memilih perniagaan Shaklee. Dengan modal serendah RM65 

Sekian dulu perkongsian saya untuk hari ini. In shaa Allah saya akan sambung di entri lain jika diberi kesempatan akan datang. Segala yang baik datang dari Allah. Semoga berjumpa lagi.


Salam Sayang.
Izzah Razak.
017 700 1749















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...