Tuesday, November 4, 2014

Nipple Cream (Krim untuk Puting Luka)

Assalamualaikum wbt

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

Nipple Cream merupakan salah satu yang penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Kebanyakan ibu akan mengalami masalah puting ynga luka (Nipple Crack) akibat menyusukan anak, terutamanya anak sulung. Pada entri kali ini saya akan menceritakan pengalaman saya menggunakan krim ini.

Saya ibu kepada 3 orang cahaya mata, ketiga-tiganya lelaki. Cahaya mata saya yang ketiga lahir pada hari bersejarah negara iaitu pada Hari kemerdekaan ke-53 baru-baru ini tepat jam 9.15 pagi gdi Hospital Sultan Ismail, Johor.

Kali pertama saya mengalami masalah puting luka ini selepas lebih kurang seminggu selepas kelahiran anak kedua saya, Syarif. Masa anak yang pertama saya tidak mengalaminya kerana cuma menyusu badan selama 3 bulan sahaja.

Selepas seminggu kelahiran kelahiran hero kedua saya, syarif saya mengalami masalah puting luka. Saya mengalaminya sehingga saya mula bekerja iaitu dalam tempoh 2 bulan. Niat saya ingin menyusukan anak saya sepenuhnya. Saya tidak mahu menyusukannya dengan susu formula. Saya mengatasi masalah ini dengan menyapu air susu itu sendiri pada luka. Ini kerana susu ibu mempunyai antibodi dan penuh khasiat. tetapi, lumrah anak lelaki memang kuat menyusu. Selang 2 hingga 3 jam sekali sudah mahu menyusus lagi. Jadi, luka tersebut belum sempat pulih sepenuhnya sudah kena menyusukan lagi. Saya menyusukan sambil menangis, menggigil. Ada ketika, saya menjadi teragak-agak hendak menyusukan anak saya. Luka tersebut sampai berdarah, berkuping, bernanah..  Selepas kembali bekerja, saya cuma perah di tempat kerja dan membawa pulang. Anak saya cuma menyusu direct selepas saya pulang dari kerja pada sebelah petang dan malam. Saya tidak menggunakan sebarang jenis ubat.

Baru-baru ini, selepas kelahiran hero ketiga, saya mengalami puting luka ini sekali lagi. Tapi bezanya pada kali ini, saya bergelar suri rumah sepenuh masa. Saya nekad menyusukan anak saya secara ekslusif selama 2 tahun. Masalah puting luka kali ini menyebabkan saya mengalami bengkak susu. Hendak memberi susu, puting luka, tidak memberi susu pula saya mengalami demam dan sakit urat. Selepas setiap kali saya menyusukan anak saya, saya akan sapukan air susu di bahagian luka tetapi masalah tersebut tidak selesai sepenuhnya. Mana boleh luka tersebut pulih dalam masa 2 hingga 3 jam sahaja. Sudahlah terpaksa menanggung kesakitan di bahagian jahitan, saya terpaksa pula menahan sakit di bahagian payudara.

Akhirnya, dalam masa pantang itu, saya "google" tentang masalah ini. Rupanya ramai para ibu di luar sana yang mengalami masalah yang sama. Akhirnya, setelah membaca bebrapa blog dan testimoni, saya mengambil keputusan untuk membeli krim Bepanthen .





Akhirnya, dlm masa berpantang tu, saya ditemani suami ke farmasi berdekatan untuk membeli krim ni. Krim ini membantu memulihkan luka saya. Cuma jika terlalu sakit, saya akan menyusukan anak saya dengan susu formula. Dalam sehari, anak saya akan menyusukan 10 hingga 12 kali, jadi saya menyusukan anak saya dengan susu formula dalam 2 hingga 3 kali. Ibu mertua saya yang menjaga saya menyatakan punca terjadi begitu kerana mulut bayi yang panas dan lidahnya yang tajam. Bayi yang masih kecil juga belum begitu pandai menyusu dengan betul.

Sehingga  sekarang, saya terus menggunakannya. Kini sudah masuk sebulan setengah saya menggunakannya. Jika sebelum ini saya kerap menyapunya, sehari dalam 2 hingga 3 kali, sekarang tidak lagi. Dalam seminggu cuma 2 atau 3 kali sahaja. Sehingga kini bayi saya sudah berusia 2 bulan lebih saya sudah tidak menggunakannya untuk luka saya lagi. Bayi saya sudah semakin pandai menyusu dan masalah luka saya sudah selesai. Alhamdulillah.

Krim ini juga ekonomi untuk digunakan. Penggunaannya 2 dalam 1, ia boleh digunakan untuk masalah puting luka dan masalah ruam lampin atau masalah kulit pada bayi. Ini kerana krim ini bersifat lembut. Jadi, para ibu tidak akan merasa rugi sama sekali. Jadi saya sarankan para ibu membeli krim ini terlebih dahulu sebelum melahirkan kelak, jadi bila mengalami masalah ini boleh terus menggunakannya.

Sekian perkongsian saya pada kali ini. Semoga membantu.


Salam Sayang
Cegah Sebelum Singgah
Izzah Razak
027 7002749.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...