Wednesday, November 5, 2014

Pengalaman Bisnes Modal Rendah

Assalamualaikum wbt

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Minat saya berniaga lahir dari kedua ibu bapa saya. Ayah cuma pencen polis. Ibu saya cuma suri rumah sepenuh masa. Gaji ayah yang amat  kecil pada masa itu memaksa ayah dan ibu saya menjalankan perniagaan pelbagai barangan; dari kelengkapan rumah, barangan elektrik hingga ke Jualan Langsung. Cakap sahaja semua ada. semuanya dilakukan dengan sistem kredit. Cukup buan kutip hutang. Rata ceruk kampung ayah dan ibu pergi. Saya turut sama dibawa pada hari cuti di hujung minggu.

Dari situ minat niaga saya mula timbul. Pengalaman "berniaga" saya mula sejak dari bangku sekolah. Kad raya , kuih siput saya jual pada kawan-kawan sekelas. Kad raya laku keras kerana saya jual murah. Modal 10 sen, jual 5 sen :) hihi.. lebih murah, lebih laku.

Semasa saya bekerja di Johor, saya bekerja di sebuah kilang sebagai seorang jurutera. Kerja tiga shift; pagi, petang dan malam. Modal pertama saya cuma Rm40. Semasa itu, sementara saya menunggu kereta saya untuk diservis, saya berjalan kaki di kaki lima kedai. Akhirnya saya terhenti di sebuah kedai jajan yang menjual secara borong. Akhirnya saya membawa pulang jajan dan asam untuk dipek buat jualan di kilang.

Selepas berkahwin, saya dikurniakan 3 orang cahaya mata. Anak kedua saya, Muhammad Syarif mengalami masalah pernafasan. Hampir terkena asma yang teruk. Merata klinik dan hospital saya dan suami ikhtiar. Akhirnya Allah menghantar seorang hamba Allah kepada saya.

Melihat keadaan anak saya, dia mencadangkan agar saya mencuba 2 produk Shaklee; iaitu Nutriferon dan Chewable Vitamin C. Hampir habis sekotak Nutriferon, kesihatan anak semakin baik. Jadi saya mendaftar keahlian cuma serendah RM65 sahaja.

Saya mula menghadiri kelas-kelas bisnes yang mengajar tentang kebaikan dan keberkesanan produk. Ilmu dari kelas itu, saya kongsikan di fanpage saya, Sunnah Superstore . Harapan saya, saya ingin kongsikan kebaikan produk-produk Shaklee kepada insan-insan di sekeliling saya.

Saya ingin melihat mereka semua sihat. Mencegah lebih baik dari merawat. Jadi, saya kongsikan di fanpage saya tentang kepentingan pengambilan makanan kesihatan sebelum penyakit singgah. Semua dilakukan di hujung jari. Dari pesanan produk hingga ke proses penghantaran semuanya dilakukan di hadapan sebuah komputer atau telefon pintar.

Semoga perkongsian dari saya ini dapat membuka minda kita semua untuk berniaga. Keluar dari kepompong Comfort Zone (Zon Selesa). Mereka yang berada dalam zon ini berada di zon sebelah kiri.
Merasa selamat, cukup bulan ada gaji. Tamat perkhidmatan ada pencen atau KWSP. Tapi sampai bila?
Yang kita mahu adalah anjakan ke sebelah kanan. Bina rangkaian perniagaan, jana pendapatan.



Sekian perkongsian dari saya. Semoga ianya dapat membuka minda kita semua untuk membuat pilihan yang tepat. Tidak perlu modal yang tinggi, cuma kegigihan, semangat dan daya usaha yang tidak mengenal jemu. Mohon petunjuk dari Allah.  Rajin bersedekah walaupun sedikit cuma, In shaa Allah perniagaan kita diberkati olehNya.

Salam Sayang.
Cegah Sebelum Singgah




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...