Monday, November 24, 2014

Singgang Bawal Emas

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Catatan malam sebelum memelapkan mata...

Malam tadi sempat menyediakan suami makan malam. Sederhana saja, singgang bawal emas dengan sambal kicap gula melaka..manis manis pedas. Meleret suami saya menjamah makanan. Masakan yang ringkas, 10 minit dah boleh siap jika ikan sudah siap disiang.

Ikan dibersihkan. Masukkan ke dalam periuk, masukkan hirisan bawang kecil dua biji, serai diracik atau dititik, hirisan nanas Filipin (beli di pasar tani 2 hari lepas) dan sedikit serbuk kunyit. Air sekadar paras ikan tenggelam. Tunggu menggelegak dan tutup api. Garam Halagel ditambah secukup rasa. Jika ada kunyit hidup dan lengkuas lebih sedap . Tapi saya guna yang ada di dapur sahaja.

Sungguh seronok pabila suami menjamah penuh selera. Tiada kata dapat dinyatakan. Syukur. Menyediakan juadah mudah dan ringkas tetapi penuh kasih sayang dan dengan tangan sendiri. Tanpa paksaan. Tanpa digesa.

Sebelum tidur, satu hidangan (2 sudu kecil) ESP dengan 1 sudu kecil susu coklat atau koko. Godak dalam air masak. Buat bekalan si kecil di tengah malam sunyi nanti. Susu badan pekat , si manja tidur nyenyak. Bonus kulit halus, "strech mark" dan kesan parut kian pudar.

4 biji  Ostematrix untuk menjaga kepadatan tulang dan gigi agar kekal sihat sepanjang usia, in shaa Allah. Bangun pagi terus rasa nak ke tandas untuk membersihkan perut. Ini kerana ibu yang menyusu tidak boleh makan Herblax untuk proses lawas kerana bimbang anak yang menyusu mengalami kesan yang sama kerana Herblax berupa persediaan herba. Ostematrix juga boleh membantu proses lawas, supaya ibu tidak mengalami sembelit. Bonus, luka sembuh dengan cepat.





Jika ada yang berminat boleh menghubungi saya melalui nombor di bawah ; Whatssapp / Sms


Izzah Razak
Salam Sayang, Selamat Malam 
Segah Sebelum Singgah
017 700 1749
Shaklee SID: 881907










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...