Friday, November 28, 2014

Gula-gula Omega

Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Gambar: Koleksi Peribadi

Cuti sekolah memang ditunggu-tunggu. Tapi untuk Syaha (5 tahun) dan Syarif (4 tahun) masih tak tahu cuti sekolah panjang. Mereka cuma tahu cuti sekolah 2 hari, Jumaat dan Sabtu, Johor cuti dua hari ni :) . Tapi kali ni lain sikit..sampai diorang pun hairan, hari-hari tak sekolah.

Ibu dah siap belikan buku mewarna tebal..60 muka surat agaknya. Abang satu, adik satu. Pensel warna tak perlu risau..berderet koleksi  Asal ada pertandingan mewarna ibu hantar. Balik bawa "goodies bag" berisi hadiah dan pelsel warna semestinya. Ibu boleh jimat 2 tahun.





abang adik tengah lumba mewarna 

Adik tekun mewarna

Omega Guard & Chew Vita C tu memang ibu bagi setiap pagi. Alhamdulillah, masalah kulit semakin baik. Daya tumpuan juga makin ok. Masalah asma adik juga sudah hilang. Adik yang sudah setahun ke tadika cuma kenal 1,2 huruf , sekarang sudah kenal huruf "a" hingga "m". Walaupun belum sampai "z" , ibu bangga dengan pencapaian adik kerana 13 huruf ini adik kenal cuma dalam masa seminggu. Alhamdulillah. 

Omega Guard tu abang dan adik buat macam gula-gula..kunyah dan telan. Sorang  makan sampai 3 biji kalau dibiarkan. 

Ada lagi aktiviti sepanjang cuti sekolah ni. In shaa Allah saya akan kongsikan di lain kali pula.


Salam Sayang
Cegah Sebelum Singgah
017 700 1749




Car Puzzle

Hari ni main puzzle dengan Syaha & Syarif. Cuti sekolah sebulan lamanya..kalau asik main basikal bosan pula Nak pergi ke taman, musim hujan pula. Nasib baik teringat "puzzle" yang beli kat Ipoh 2 tahun lepas. masa tu, Syaha & Syarif masih berdukung lagi :)

syarif.. sempat pose 

Syaha..bila tersenyum, hilang biji mata :)



Bila ada indoor game macam ni anak-anak tak mudah bosan bila berada dalam rumah. Lagi seronok kalau kita sebagai ibu bapa dapat join main sama (eh..saya la tu) Saya memang suka main puzzle. Ibu bapa saya memang suka belikan saya puzzle.

Thursday, November 27, 2014

Cantik!

Alhamdulillah

Baby Syaraf semakin sihat. Berat masa lahir kecik je...3.07kg. kuat menyusu dan "mengempeng". Kuat tidur juga. Tak sangka kena tahan wad sebab kuning tinggi. Masa lahir 11, lepas tu periksa di klinik kesihatan naik mendadak 17. Esok terus pergi ke hospital besar, baik 19. Masa di klinik kesihatan ambil darah di kaki, tapi di hospital, di tangan. Bayangkan tangan si kecil yang halus mulus tu dicucuk dan diambil darah dari situ. Tapi kata pihak hospital, bacaan di tangan lebih 'afdhal' , lebih tepat berbanding bacaan di bahagian kaki.

Sebak di hati hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Betapa tidak kuat untuk meninggalkan baby Syaraf di sana. Tengah malam ibu dan ayah pergi menjenguk lagi di wad selepas abang-abangnya tidur. Alhamdulillah bacaan kuning turun mendadak, 14. Kata jururawat bertugas, mungkin esok dah boleh keluar.

Rezeki di hari Jumaat, dalam jam 2 petang, Syaraf dah boleh keluar. Syukur.


Syaraf umur seminggu.

Cukup sebulan kena cucuk imunisasi pula. Wah! Berat naik dalam 400g, 3.4kg. Syaraf menangis sekejap je, masa kena cucuk. Lepas keluar dari bilik tu, bagi "upah" susu, terus diam. Ibu boleh "drive" dan balik dengan senang hati. Ibu "drive" seorang diri. Abang-abang dah ke sekolah. Ayah sudah pergi kerja. 


Syaraf umur sebulan lebih


Cukup 2 bulan Syaraf ibu kena bawa Syaraf ke klinik lagi. Cucuk imunisasi lagi. Sebelum cucuk, kena timbang berat dulu, 4.8kg. Wah..naik dlm 1kg 400g. Patutlah masa dukung terasa lenguh di bahu. 

Ibu tahu Syaraf kuat. Jururawat siap beritahu;

Jururawat: Cucuk kali ni kuat ye kak. Ni ubat demam, kalau demam, terus bagi makan ubat. 
Ibu: Kalau tak demam? 
Jururawat: Kalau tak demam, tak payah la..hihi 

Balik, ibu terus susukan Syaraf. Lebih kerap. Sebelum tu, ibu dah makan banyak vitamin supaya susu ibu banyak zat. Semua untuk kebaikan Syaraf. Alhamdulillah. Syaraf tak demam. Syukur Ya Allah. Setakat ni Shaklee tak pernah menghampakan. Berat naik cantik. Kulit pun halus dan cerah.  



Syaraf  umur 2 bulan lebih

Ni Syaraf yang terkini. Agak-agak berapalah berat bila timbang cukup 3 bulan nanti ye?






Monday, November 24, 2014

Singgang Bawal Emas

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Catatan malam sebelum memelapkan mata...

Malam tadi sempat menyediakan suami makan malam. Sederhana saja, singgang bawal emas dengan sambal kicap gula melaka..manis manis pedas. Meleret suami saya menjamah makanan. Masakan yang ringkas, 10 minit dah boleh siap jika ikan sudah siap disiang.

Ikan dibersihkan. Masukkan ke dalam periuk, masukkan hirisan bawang kecil dua biji, serai diracik atau dititik, hirisan nanas Filipin (beli di pasar tani 2 hari lepas) dan sedikit serbuk kunyit. Air sekadar paras ikan tenggelam. Tunggu menggelegak dan tutup api. Garam Halagel ditambah secukup rasa. Jika ada kunyit hidup dan lengkuas lebih sedap . Tapi saya guna yang ada di dapur sahaja.

Sungguh seronok pabila suami menjamah penuh selera. Tiada kata dapat dinyatakan. Syukur. Menyediakan juadah mudah dan ringkas tetapi penuh kasih sayang dan dengan tangan sendiri. Tanpa paksaan. Tanpa digesa.

Sebelum tidur, satu hidangan (2 sudu kecil) ESP dengan 1 sudu kecil susu coklat atau koko. Godak dalam air masak. Buat bekalan si kecil di tengah malam sunyi nanti. Susu badan pekat , si manja tidur nyenyak. Bonus kulit halus, "strech mark" dan kesan parut kian pudar.

4 biji  Ostematrix untuk menjaga kepadatan tulang dan gigi agar kekal sihat sepanjang usia, in shaa Allah. Bangun pagi terus rasa nak ke tandas untuk membersihkan perut. Ini kerana ibu yang menyusu tidak boleh makan Herblax untuk proses lawas kerana bimbang anak yang menyusu mengalami kesan yang sama kerana Herblax berupa persediaan herba. Ostematrix juga boleh membantu proses lawas, supaya ibu tidak mengalami sembelit. Bonus, luka sembuh dengan cepat.





Jika ada yang berminat boleh menghubungi saya melalui nombor di bawah ; Whatssapp / Sms


Izzah Razak
Salam Sayang, Selamat Malam 
Segah Sebelum Singgah
017 700 1749
Shaklee SID: 881907










Wednesday, November 19, 2014

Realiti Kehidupan Masa KIni

Teks: Nor Razfizah Abd Razak
Gambar: Google




Syukur ke hadrat Ilahi kerana meminjamkan ilmuNya untuk dikongsikan di sini untuk kita renungkan bersama. 

Dalam kehidupan kita kini yang kian mencabar kita dihimpit oleh situasi dan realiti kehidupan. Seperti gambar pokok kaktus di atas, walaupun ia cantik berbunga, dengan latar belakang yang membiru yang melambangkan kedamaian, tetapi penuh duri yang menggambarkan situasi dan realiti kehidupan yang amat mencabar terutamanya kewangan.

Ramai warga Malaysia kini mengakui bahawa dihimpit kesempitan dari segi kewangan yang amat kritital. Kenaikan harga minyak menyumbang kepada pelbagai isu kenaikan lain seperti harga barang, terutamanya keperluan harian yang asas. 




Terkini, diumumkan bahawa pekerja yang bergaji RM3600 dianggap sebagai "golongan miskin". 





Ok, sekarang kita lihat dalam umur 20an hingga awal 30an. Pada umur ini kebanyakan orang sedang memulakan kehidupan berkeluarga. Situasi yang sering dibangkitkan di dada akhbar ialah setiap hari ada sahaja rakyat yang muflis.

Saya gambarkan dalam analogi yang lebih mudah untuk kita fahami. Bayangkan ada seekor katak dalam sebuah mankuk berisi ais. Di bawah mangkuk tersebut dinyalakan api. Katak tersebut berasa "selesa" dek kesejukan ais. Katak tersebut tidak mahu melompat keluar walaupun ia tahu ia boleh berbuat demikian. Nyalaan api lama-kelamaan akan mencairkan ais. Dalam proses ais mencair, si katak masih lagi leka...sehingga kesemua ais telah cair, lalu memanaskan air. Si katak tadi, tidak boleh melompat keluar malah mati di dalam air yang menggelegak.

Katak = Manusia
Ais = Kesenangan (ada gaji, cuti, cuti sakit, klinik panel, kenderaan syarikat, pencen dan lain-lain)
Api = Krisis ekonomi  

Apabila ais mencair menandakan krisis ekonomi melanda. Kesempitan hidup memerangkap isi rumah. Jalan penyelesaiannya adalah dengan meminjam, buat pinjaman dengan bank, lebih terk lagi dengan "along".



Purata Pendapatan Rakyat Malaysia RM2500
===============================

Pendapatan atau gaji sehingga RM3600 di Malaysia sekarang dikasifikasikan sebagai "miskin" atau sekadar cukup-cukup makan. Jika kita tinggal di bandar besar seperti di Johor Bahru, KL, dengan pendapatan sebegitu perlu membayar sewa rumah, kereta, makan minum, biaya ke klinik sememangnya tidak mencukupi, malah baki "negatif" . baki negatif ini menunjukkan kita perlu "berhutang". Jika kita masih bertahan untuk bekerja sehingga 30 tahun atau lebih kenaikan gaji juga tidak dapat menampung perbelanjaan kita.

Potensi diri kita sebenarnya jauh lebih besar dari yang kita sangkakan. Lebih besar dari gaji yang dibayar oleh pihak majikan kepada kita. Purata gaji rakyat Malaysia sebanyak RM2500 dianggap kritikal. Perbelanjaan perlu diurus rapi supaya tidak berlaku kebocoran. Kebocoran yang kecil pun akan membuatkan perbelanjaan haru-biru, korek lubang, tampal lubang sahaja. Cari solusi.

Kembali Pada Fitrah
==============

Sudah fitrah sebagai wanita, lebih-lebih lagi yang sudah berumahtangga, tempat yang sebaik-baiknya adalah di rumah. Suami keluar mencari nafkah, isteri menyelesaikan tugasan harian di rumah seperti membasuh pakaian, mendidik anak, mengemas rumah. 

Tambahan pula pada masa kini, isteri di rumah juga boleh membantu suami dalam aspek kewangan. Seperti saya di rumah, yang menjalankan perniagaan online hanya dalam talian. Tanpa perlu keluar rumah, cuma perlukan internet, sebuah komputer riba dan telefon pintar. Pengiklanan, pesanan dan proses penghantaran hanya di hujung jari. Terdapat banyak media sosial untuk mengiklankan produk yang dijual seperti di facebook, twitter, instagram, blog dan pelbagai lagi medium lain. 

Sebagai seorang WAHM (Work At Home Mom) saya masih dapat mencari duit poket di rumah, di samping menjaga anak kecil saya yang berumur 2 bulan lebih. Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita mahu yang terbaik buat anak-anak kita. Kita ingin menjaga dan menguruskan mereka dengan tangan kita sendiri daripada menyerahkan mereka kepada pengasuh. Kita akan jauh lebih tenang dan puas hati walaupun kita berasa sedikit penat dalam menguruskannya sendiri. 

Terdapat banyak pilihan perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah. Saya memilih perniagaan Shaklee. Dengan modal serendah RM65 

Sekian dulu perkongsian saya untuk hari ini. In shaa Allah saya akan sambung di entri lain jika diberi kesempatan akan datang. Segala yang baik datang dari Allah. Semoga berjumpa lagi.


Salam Sayang.
Izzah Razak.
017 700 1749















Friday, November 14, 2014

Batuk 1 Hari Je

Cuaca tak menentu sekarang. Ada masa hujan lebat, kilat sabung menyabung, petir berdentam-dentum. Esoknya matahari menyinari penuh gah. Adakalanya cuaca mendung, tapi rasa panas membahang.

Ditakdirkan minggu lepas suami saya mengalami batuk. dua tiga hari sebelumnya dah panas tekak, berkahak banyak. "Esok mesti demam ni, tekak abang dah rasa lain je ni". Saya diam je. Stok Nutriferon pun dah lama habis. Nak beli pun, satu Malaysia "out of stock" , bukan di rumah saya sahaja.

Keesokan malamnya selepas suami saya pulang dari kerja, beliau asik batuk-batuk dan asik pergi meludah. Oh ya ..malam tu JDT lawan Pahang hihi...dalam kata badan tak sedap tu..sempat lagi bersengkang mata melayan perlawanan bola di televisyen. Saya sekadar peneman setia di sisi.

Saya pun keluarkan Vitamin C, Omega Guard & B Complex. Pahang menang bergaya. Seraya melihat 3 botol vitamin di atas meja, suami saya bersuara, "Banyaknya nak kena makan. badan saya tak boleh terima lagi". Saya sudahpun tuang 2 jenis vitamin tu; sebiji setiap jenis. Segelas air masak di tepi. "Makan je la..bukannya banyak pun. Saya makan dekat segenggam sehari", balas saya.

Belajar dari pengalaman yang lepas, suami saya mengalami batuk hampir sebulan lamanya. Penat saya mendengar. Kasihan pun ada. Tapi, apa nak buat, dah bagi vitamin tak mahu makan. Akhirnya hampir seotol ubat batuk "paling power" yang dibeli di farmasi diteguk, batuknya baru pulih. Tapi tekak sakit amat.

Kali ini batuk menyerang lagi. Tapi kali ini cuba makan vitamin. keesokan harinya batuk beransur pulih. Suami saya cuma berkata "Selalunya batuk kalau tak dekat sebulan, tak sah. Tapi kali ni, sehari je". Saya tak kata apa-apa. Senyum :)

Alhamdulillah. Semua penyakit ada ubatnya. Cuma kita kena cari yang serasi dengan kita sahaja.








Sepanjang bulan November ni, Omega Guard ada promosi berganda :) Boleh pilih yang mana satu. 

1) Beli  6 dapat 7 




2) Beli 2 botol . Diskaun 5%. 



Boleh sms/ Whatsapp/ Telegram saya di 017 700 1749
Izzah Razak (SID : 881907)






Tuesday, November 11, 2014

Shaklee : Set Penjagaan Kulit

Teks : Nor Razfizah Abd Razak

Dulu kulit muka saya tak seelok sekarang. Tona tak sekata, berbelang, berminyak (Boleh buat goreng ikan hihi). Tapi itu dulu. Sekarang Alhamdulillah bertambah sihat dan cerah. Bila cakap macam ni, mesti ramai yang tak percaya sebab lain dengan dulu. Tu tak masuk lagi dengan parut jerawat dan parut chicken pox. Tak mampu pula nak pergi ke klinik pakar sebab bayarannya pasti ribu riban.

Walau bagaimana teruk masalah kulit kita, Jangan Putus Asa Mencari Jalan Penyelesaian. Tetapi, jangan pula tersalah memilik produk kulit. Kebanyakan krim kecantikan, pembersih muka , alat solek di luar sana mengandungi bahan kimia berbahaya seperti hydroquinone, paraben dan merkuri.

Pada mulanya bahan kimia berbahaya ini memang boleh memutihkan kulit wajah dengan kesan "sepantas 3 hari"  , "cerah sekelip mata". Tapi, kesan pantas ini sebenarnya merosakkan kulit dalam jangkamasa panjang. Kulit akan semakin menipis, kemerah-merahan dan pedih.

Ini merupakan produk yang saya cadangkan kerana saya sudahpun menggunakannya dan tidak akan sekali-kali bertukar kepada produk penjagaan kulit yang lain. Memperkenalkan Set Penjagaan Kulit Nutriwhite Shaklee



Ok, Sekarang kita mulakan satu persatu step-by-step cara pemakaian Set Penjagaan Kulit Nutriwhite Shaklee ni.


1) Gentle Action Makeup Remover 

Mula-mula kita tanggalkan mekap terlebih dahulu (bagi yang bermekap) sebelum mula membersihkan kulit.



- Menjadikan kulit lembut, licin dan berseri
- Tunas pokok bic yang dapat menanggalkan sel mati tanpa meninggalka kesan.
- Kandungan Aloe Vera yang menyegarkan dan menegangkan kulit
- Bertindak dengan lembut dan menjadikan kulit tidak berminyak.


2) Gentle Deep Foaming Cleanser



- Rumpai Laut menghilangkan kotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan kulit.
- Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan kulit
- Strawberry Begonia mencerah dan mengimbangi pigmen kulit.
- Membersihkan, melembut dan menyegarkan kulit


3) Soothing Radience Whitening Softener


Fungsi softener ini seakan-akan toner :

- Rosemary membantu membuatkan kulit berasa lebih segar & tegang
- Kudzu membantu menegang & mencerahkan
- Marshmallow melembabkan kulit.
- Ia lembut . Mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
- Menyegarkan wajah dan mengecilkan pori-pori kulit.


4) Daily Defense Whitening Essence



- Cara mudah untuk mendapatkan kulit wajah yang licin, bersih.
- Bearberry untuk mencerah dan menyegarkan kulit
- Strawberi Begonia untuk imbangan pigmen.
- Kacang Soya untuk melembut Dan mengurangkan tompok-tompok hitam.
- Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan akibat sinaran marahari.
- Vitamin C aktif yang ditambah untuk memperbaiki kulit dan mengembalikan seri wajah.
- Lembut dan mudah diserap oleh kulit.


5) Spot Whitening Treatment


- Memperbaiki kesan-kesan jeragat dan matahari dengan pantas.
- Kuasa pencerahan botani yang terhasil dari pati Likeosis dan Peony yang berkesan untuk mencerah, melindungi serta menghilangkan radang kulit.
- Cat Claw menegangkan kulit
- Vitamin C aktif mencerahkan kulit dan wajah yang halus.

Ia juga berkesan untuk menghilangkan kedut-kedut atau garis-garis halus yang ada di bahagian tepi mata. Saya tepek-tepek sebelum tido malam.

6) Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15



- Kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat kesan sinaran matahari.
- Mountain Arnica untuk menghilangkan radang pada kulit
- Membantu meningkatkan daya ketahanan kulit terhadap kerosakan akibat persekitaran.


7) Overnight Renewal Whitening Cream


- Linden menyihatkan dan melembutkan kulit secara mendalam.
- Scullcap mencerah dan menghilangkan keradangan kulit
- Vitamin C aktif mengurangkan tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
- Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur


Sekian . Semoga Membantu . Sahabat-sahabat boleh menghubungi saya melalui telefon atau Whastapp untuk mendapatkan penerangan lanjut dan pembelian produk. Harga kasih sayang , jangan risau ye :)


Cegah Sebelum Singgah
Salam Sayang
Izzah Razak
017 700 1749

Monday, November 10, 2014

Syaraf Tak Jadi Demam

Teks : Nor Razfizah Abd Razak

Alhamdulillah, adik Syaraf sudahpun masuk usia 2 bulan lebih. Sudah pandai senyum, ketawa kalau diagah. Sepanjang 2 bulan ni, ada beberapa perkembangannya yang ingin saya kongsikan di sini;

Jika sewaktu mula lahir, suara Syaraf sangat perlahan , sekarang sudah semakin kuat. lebih kuat daripada alarm telefon bimbit saya :) Sekarang, saya tak perlu memasang penggera untuk saya bangun di waktu pagi hihi..

Jika dahulu menyusu 2oz satu-satu sesi, sekarang 5oz hingga 6 oz setiap sesi.

Jika dahulu menyusu sampai saya ibunya mengalami luka pada puting payudara, sekarang tidak lagi , walaupun hisapannya bertambah kuat.

Jika dahulu berat Syaraf semasa lahir cuma 3.07kg. Tubuhnya sedikit kecil dari abang-abangnya. Muhammad Syahabuddin 3.53kg dan Muhammad Syarifuddin 3.43kg :) . Selepas sebulan, beratnya meningkat kepada 3.4kg. Seterusnya setelah berusia 2 bulan sudah mencapai 4.7kg . Subhanallah...meningkat 1.3kg selama sebulan . Walaupun peningkatan yang banyak, tetapi masih dalam julat yang normal dan sihat,; tidak obes dan tidak pula kurang berat.

Kalau semasa lahir, Syaraf elok sahaja berbaring dalam tilam berkelambu ini Senyap je kaki dan tangannya di dalam tu. Melainkan masa menyusu, suaranya je kedengaran. Tapi sekarang, bila dahaga semua bergerak kaki, tangan . Kakinya juga sudah menendang-nendang kelambu. Kalau lambat sikit, mau koyak kelambu tu hihi... suaranya keluar dulu sebelum matanya terbuka :)

tilam kelambu (gambar: google)

Yang paling seronok, masa suntikan imunisasi. Semasa cucuk sebulan, jururawat kata "Puan jangan risau ye. Cucuk ni takkan buat anak puan demam. Balik biarkan saja. Jangan sapu dengan apa-apa ye" Syaraf cuma menangis masa dicucuk sahaja. Baru-baru ini, masa cucuk 2 bulan, saya lihat ada sebotol kecil ubat demam atas meja. Jururawat kata, "Puan, cucuk kali ini utk penyakit yg banyak sikit. Anak puan boleh demam ye. Kalau demam, bagi ubat demam tu ye. Tapi ada juga bayi yang antibodinya kuat, tak demam. Jadi tak perlu bagi ubat demam". 

Alhamdulillah, Syaraf tak demam. Saya menyusukannya seperti biasa. Tetapi satu hari tu tak boleh berenggang sangat. Asik nak "mengempeng" . Mungkin itu sahaja terapi untuk mengurangkan rasa sakit. 

Semua yang baik itu datang dari Allah, kita makhluk yang lemah cuma boleh berikhtiar. Saya mengambil suplemen Set Ibu Pantang Shaklee sepanjang berpantang hingga sekarang. Dengan vitamin yang cukup disalurkan melalui susu badan kepada Syaraf, menjadikan antibodinya bertambah kuat dan tidak mudah sakit.

Jadi sebagai ibu, saya bertambah yakin. Susu ibu mengandungi nutrien yang mencukupi untuk ibu dan anak. Nutrien diperolehi dari pemakanan yang cukup kandungan zatnya.



ESP dan Alfalfa tu yang menjadi penggalak susu badan. Saya tambah dengan b Complex, Vitamin C, Vita Lea dan Vivix. Memang seronok masa menyusu, terapi yang cukup menenangkan. "Bonding" antara saya dan syaraf juga bertambat erat.

Ini set selepas pantang yang saya amalkan sehingga sekarang. Jika ibu-ibu ingin mengambil set yang sama, bolehlah menghubungi saya ya :)

Sekian perkongsian dari saya buat masa ini.

Salam Sayang
Cegah Sebelum Singgah
Izzah Razak
SMS/ Whatsapp : 017 700 1749






Wednesday, November 5, 2014

Pengalaman Bisnes Modal Rendah

Assalamualaikum wbt

Teks: Nor Razfizah Abd Razak

Minat saya berniaga lahir dari kedua ibu bapa saya. Ayah cuma pencen polis. Ibu saya cuma suri rumah sepenuh masa. Gaji ayah yang amat  kecil pada masa itu memaksa ayah dan ibu saya menjalankan perniagaan pelbagai barangan; dari kelengkapan rumah, barangan elektrik hingga ke Jualan Langsung. Cakap sahaja semua ada. semuanya dilakukan dengan sistem kredit. Cukup buan kutip hutang. Rata ceruk kampung ayah dan ibu pergi. Saya turut sama dibawa pada hari cuti di hujung minggu.

Dari situ minat niaga saya mula timbul. Pengalaman "berniaga" saya mula sejak dari bangku sekolah. Kad raya , kuih siput saya jual pada kawan-kawan sekelas. Kad raya laku keras kerana saya jual murah. Modal 10 sen, jual 5 sen :) hihi.. lebih murah, lebih laku.

Semasa saya bekerja di Johor, saya bekerja di sebuah kilang sebagai seorang jurutera. Kerja tiga shift; pagi, petang dan malam. Modal pertama saya cuma Rm40. Semasa itu, sementara saya menunggu kereta saya untuk diservis, saya berjalan kaki di kaki lima kedai. Akhirnya saya terhenti di sebuah kedai jajan yang menjual secara borong. Akhirnya saya membawa pulang jajan dan asam untuk dipek buat jualan di kilang.

Selepas berkahwin, saya dikurniakan 3 orang cahaya mata. Anak kedua saya, Muhammad Syarif mengalami masalah pernafasan. Hampir terkena asma yang teruk. Merata klinik dan hospital saya dan suami ikhtiar. Akhirnya Allah menghantar seorang hamba Allah kepada saya.

Melihat keadaan anak saya, dia mencadangkan agar saya mencuba 2 produk Shaklee; iaitu Nutriferon dan Chewable Vitamin C. Hampir habis sekotak Nutriferon, kesihatan anak semakin baik. Jadi saya mendaftar keahlian cuma serendah RM65 sahaja.

Saya mula menghadiri kelas-kelas bisnes yang mengajar tentang kebaikan dan keberkesanan produk. Ilmu dari kelas itu, saya kongsikan di fanpage saya, Sunnah Superstore . Harapan saya, saya ingin kongsikan kebaikan produk-produk Shaklee kepada insan-insan di sekeliling saya.

Saya ingin melihat mereka semua sihat. Mencegah lebih baik dari merawat. Jadi, saya kongsikan di fanpage saya tentang kepentingan pengambilan makanan kesihatan sebelum penyakit singgah. Semua dilakukan di hujung jari. Dari pesanan produk hingga ke proses penghantaran semuanya dilakukan di hadapan sebuah komputer atau telefon pintar.

Semoga perkongsian dari saya ini dapat membuka minda kita semua untuk berniaga. Keluar dari kepompong Comfort Zone (Zon Selesa). Mereka yang berada dalam zon ini berada di zon sebelah kiri.
Merasa selamat, cukup bulan ada gaji. Tamat perkhidmatan ada pencen atau KWSP. Tapi sampai bila?
Yang kita mahu adalah anjakan ke sebelah kanan. Bina rangkaian perniagaan, jana pendapatan.



Sekian perkongsian dari saya. Semoga ianya dapat membuka minda kita semua untuk membuat pilihan yang tepat. Tidak perlu modal yang tinggi, cuma kegigihan, semangat dan daya usaha yang tidak mengenal jemu. Mohon petunjuk dari Allah.  Rajin bersedekah walaupun sedikit cuma, In shaa Allah perniagaan kita diberkati olehNya.

Salam Sayang.
Cegah Sebelum Singgah




Tuesday, November 4, 2014

Nipple Cream (Krim untuk Puting Luka)

Assalamualaikum wbt

Teks: Nor Razfizah Abd Razak.

Nipple Cream merupakan salah satu yang penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Kebanyakan ibu akan mengalami masalah puting ynga luka (Nipple Crack) akibat menyusukan anak, terutamanya anak sulung. Pada entri kali ini saya akan menceritakan pengalaman saya menggunakan krim ini.

Saya ibu kepada 3 orang cahaya mata, ketiga-tiganya lelaki. Cahaya mata saya yang ketiga lahir pada hari bersejarah negara iaitu pada Hari kemerdekaan ke-53 baru-baru ini tepat jam 9.15 pagi gdi Hospital Sultan Ismail, Johor.

Kali pertama saya mengalami masalah puting luka ini selepas lebih kurang seminggu selepas kelahiran anak kedua saya, Syarif. Masa anak yang pertama saya tidak mengalaminya kerana cuma menyusu badan selama 3 bulan sahaja.

Selepas seminggu kelahiran kelahiran hero kedua saya, syarif saya mengalami masalah puting luka. Saya mengalaminya sehingga saya mula bekerja iaitu dalam tempoh 2 bulan. Niat saya ingin menyusukan anak saya sepenuhnya. Saya tidak mahu menyusukannya dengan susu formula. Saya mengatasi masalah ini dengan menyapu air susu itu sendiri pada luka. Ini kerana susu ibu mempunyai antibodi dan penuh khasiat. tetapi, lumrah anak lelaki memang kuat menyusu. Selang 2 hingga 3 jam sekali sudah mahu menyusus lagi. Jadi, luka tersebut belum sempat pulih sepenuhnya sudah kena menyusukan lagi. Saya menyusukan sambil menangis, menggigil. Ada ketika, saya menjadi teragak-agak hendak menyusukan anak saya. Luka tersebut sampai berdarah, berkuping, bernanah..  Selepas kembali bekerja, saya cuma perah di tempat kerja dan membawa pulang. Anak saya cuma menyusu direct selepas saya pulang dari kerja pada sebelah petang dan malam. Saya tidak menggunakan sebarang jenis ubat.

Baru-baru ini, selepas kelahiran hero ketiga, saya mengalami puting luka ini sekali lagi. Tapi bezanya pada kali ini, saya bergelar suri rumah sepenuh masa. Saya nekad menyusukan anak saya secara ekslusif selama 2 tahun. Masalah puting luka kali ini menyebabkan saya mengalami bengkak susu. Hendak memberi susu, puting luka, tidak memberi susu pula saya mengalami demam dan sakit urat. Selepas setiap kali saya menyusukan anak saya, saya akan sapukan air susu di bahagian luka tetapi masalah tersebut tidak selesai sepenuhnya. Mana boleh luka tersebut pulih dalam masa 2 hingga 3 jam sahaja. Sudahlah terpaksa menanggung kesakitan di bahagian jahitan, saya terpaksa pula menahan sakit di bahagian payudara.

Akhirnya, dalam masa pantang itu, saya "google" tentang masalah ini. Rupanya ramai para ibu di luar sana yang mengalami masalah yang sama. Akhirnya, setelah membaca bebrapa blog dan testimoni, saya mengambil keputusan untuk membeli krim Bepanthen .





Akhirnya, dlm masa berpantang tu, saya ditemani suami ke farmasi berdekatan untuk membeli krim ni. Krim ini membantu memulihkan luka saya. Cuma jika terlalu sakit, saya akan menyusukan anak saya dengan susu formula. Dalam sehari, anak saya akan menyusukan 10 hingga 12 kali, jadi saya menyusukan anak saya dengan susu formula dalam 2 hingga 3 kali. Ibu mertua saya yang menjaga saya menyatakan punca terjadi begitu kerana mulut bayi yang panas dan lidahnya yang tajam. Bayi yang masih kecil juga belum begitu pandai menyusu dengan betul.

Sehingga  sekarang, saya terus menggunakannya. Kini sudah masuk sebulan setengah saya menggunakannya. Jika sebelum ini saya kerap menyapunya, sehari dalam 2 hingga 3 kali, sekarang tidak lagi. Dalam seminggu cuma 2 atau 3 kali sahaja. Sehingga kini bayi saya sudah berusia 2 bulan lebih saya sudah tidak menggunakannya untuk luka saya lagi. Bayi saya sudah semakin pandai menyusu dan masalah luka saya sudah selesai. Alhamdulillah.

Krim ini juga ekonomi untuk digunakan. Penggunaannya 2 dalam 1, ia boleh digunakan untuk masalah puting luka dan masalah ruam lampin atau masalah kulit pada bayi. Ini kerana krim ini bersifat lembut. Jadi, para ibu tidak akan merasa rugi sama sekali. Jadi saya sarankan para ibu membeli krim ini terlebih dahulu sebelum melahirkan kelak, jadi bila mengalami masalah ini boleh terus menggunakannya.

Sekian perkongsian saya pada kali ini. Semoga membantu.


Salam Sayang
Cegah Sebelum Singgah
Izzah Razak
027 7002749.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...